Sunday, 20 November 2016

Selamat Datang

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Hi saya Nurhaziqah binti Hanim. Saya pemilik blog ini. Tujuan penubuhan blog ini adalah untuk berkongsi mengenai tugasan-tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah saya. Selain itu, perkongsian-perkongsian tersebut merupakan pembelajaran-pembelajaran  yang telah saya pelajari dalam subjek MTE3012 - Kompetensi Teknologi Maklumat Dan Komunikasi.

Terima Kasih.

Microsoft Word (Mail Merge)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Microsoft Word merupakan perisian aplikasi yang paling popular dan banyak digunakan dalam pekerjaan harian. Ia melibatkan penggunaan komputer dalam menyediakan dan mengemaskini dokumen seperti surat, memo, laporan kertas kerja, brosur dan dokumen-dokumen lain.

Mail Merge merupakan kaedah yang memudahkan pengguna untuk menulis dokumen seperti surat ataupun sijil kepada beberapa pengirim yang berbeza tanpa mengubah isi dokumen tersebut serta tidak perlu menyalinnya satu persatu kembali.

Berikut merupakan contoh surat kiriman rasmi dan sijil penghargaan yang telah saya siapkan.

Surat kiriman rasmi
Sijil penghargaan

Sekadar ini sahaja perkongsiaan saya. Terima kasih.