Tuesday, 6 December 2016

Audacity

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Perisian Audacity merupakan editor audio digital yang percuma dan digunakan untuk mengedit atau mengolah suara dengan mudah. Pelbagai manfaat yang diperolehi apabila menggunakan perisian ini.

1. Membuat buku dalam bentuk CD atau bahan pengajaran dan pembelajaran.
2. Merakam suara, muzik dari CD, DVD atau Radio
3. Merakam podcasts
4. Membuat ringtone
5. Mengedit lagu tema

Teknik asas penggunaan Audacity

Paparan Skrin Utama Perisian Audacity


1. RAKAMAN SUARA


1.1 Butang Record : Tekan butang record untuk memulakan percakapan atau merakam suara.
1.2 Butang Stop     : Setelah selesai percakapan/rakaman, tekan butang Stop untuk berhenti.
1.3 Butang Play     ; Untuk mendengar kembali rakaman tersebut, tekan butang Play.



2. Membuang bahagian pada rakaman



2.1 Klik pada Selection Tool, pilih/highlight segmen/bahagian yang ingin dibuang seperti yang ditunjukkan rajah di atas.

2.2 Tekan butang Del (delete) pada papan kekunci komputer.


3. Menyimpan fail

3.1 Menyimpan sebagai projek
    3.1.1 Klik File pada Menu Bar
    3.1.2 Tekan butang Save
    3.1.3 Tekan butang Save Project

3.2 Menyimpan dalam bentuk MP3 fail
     3.2.1 Klik File pada Menu Bar
     3.2.2 Klik Export
     3.3.3 Tekan butang Save
     3.3.4 Projek ini disimpan dalam ext .mp3


Berikut merupakan rakam suara yang telah saya hasilkan dengan menggunakan perisian Audacity ini. Saya merakamkan sebuah puisi yang bertajuk "Jangan Kau Lupa".


Itu sahaja penerangan saya mengenai perisian Audacity.
Sekian, terima kasih.

Sunday, 4 December 2016

Microsoft Excel (Vlookup dan Countif)

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Microsoft Excel merupakan aplikasi perisian lembaran kerja yang popular yang dihasilkan oleh Microsoft Corporation. Penggunaannya lebih kepada menghasilkan pelbagai jenis lembaran kerja termasuk yang menggunakan teks, perhitungan dan manipulasi nombor serta carta. 

Melalui pengajian saya kali ini, lebih mengkhususkan kepada penggunaan Lembaran Kerja di sekolah bertujuan untuk membantu tugas guru memproses data yang berkaitan dengan senarai kedatangan dan pencapaian murid.

Pembinaan Lembaran Kerja di sekolah ini melibatkan dua proses yang dikenali sebagai Vlookup dan Count if. 

Apa itu Vlookup?
Vlookup digunakan untuk mencari dan mengambil data dari suatu tabel referensi berdasarkan nilai tertentu. Sebagai contoh, untuk menentukan nilai gred pelajar dalam lembaran kerja guru.

Apa pula Count If?
Count If pula adalah untuk mengenalpasti kekerapan nilai gred yang terdapat setelah Vlookup dilakukan.

Berikut terdapat 2 lembaran kerja yang telah saya hasilkan untuk tugasan Kompentensi Teknologi Matlumat dan Komunikasi saya. Lembaran pertama merupakn Lembaran mengenai data-data dan pencapaian murid di sekolah dan lembaran kedua pula mengenai untuk jualan kedai selama 6 bulan. Kedua-dua lembaran kerja itu telah saya hasilkan dengan menggunakan proses Vlookup dan Count If.

  • Lembaran Matlumat Murid 


  • Lembaran Matlumat Hasil Jualan


Microsoft Powerpoint

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Entri kali ini, saya akan menerangkan mengenai penggunaan Microsoft Powerpoint. Microsoft Powerpoint adalah perisian persembahan yang disediakan dalam pakej Microsoft Office. Perisian ini menyediakan ruang untuk pembinaan persembahan elektronik yang terdiri dari beberapa slaid.

Teknik-teknik asas dalam Powerpoint

1. Memilih slaid
2. Memasukkan teks (Tajuk Persembahan)
3. Memasukkan grafik
4. Memasukkan teks
5. Memasukkan video
6. Memasukkan animasi bagi teks dan grafik
7. Memasukkan audio
8. Mencipta jadual dan carta

Perisian Microsoft Powerpoint boleh digunakan sama ada dalam pembentangan seminar, pembentangan tugasan, pembentangan di bilik darjah dan berbagai-bagai jenis lagi pembentangan.

Berikut merupakan contoh-contoh slaid Powerpoint yang telah saya siapkan untuk kelas Kompentensi Teknologi Matlumat dan Komunikasi (MTE 3012)
  • Slaid 'Inilah Saya"

    • Slaid "Pulau Tioman"


Friday, 2 December 2016

GIMP

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Perisian  GIMP atau dikenali juga sebagai GNU Image Manipulation Program merupakan salah satu perisian sumber terbuka yang diberikan secara percuma melalui General Public License (GPL). Perisian GIMP mempunyai kebolehan dan keupayaan yang sama dengan perisian pemprosesan imej berbayar untuk melaksanakan sesuatu tugasan seperti mengubahsuai foto, memanipulasi imej dan membentuk imej.

Dengan perisian GIMP, tugasan seperti membuat poster, cover majalah boleh dilakukan dengan pelbagai kemudahan yang telah disediakan.

Berikut merupakan poster dan cover majalah yang telah saya selesaikan untuk tugasan Kompetensi Teknologi Matlumat dan Komunikasi saya.


1. Poster "Haiwan Peliharaan"


2. Cover Majalah


3. Cover Majalah Diri Sendiri


Asas penyutingan imej
Melalui tugasan tersebut pelbagai teknik asas yang telah saya gunakan untuk menghasilkan sebuah tugasan yang sempurna.


Ikon Toolbox

Rajah ini menunjukkan Ikon Toolbook yang mempunyai 34 peralatan pengeditan yang boleh digunakan dalam perisian GIMP. Peralatan di dalam Ikon Toolbox ini boleh membantu untuk mengedit dan memanipulasi imej dengan mudah dan menarik.

Selepas selesai sesi pengeditan imej, imej tersebut akan disimpan dalam bentuk .xcf bagi memudahkan untuk pengeditan semula. Selain itu, imej yang telah diedit juga boleh disimpan dalam bentuk .jpeg dan .png.

 Sekian, terima kasih.