Tuesday, 6 December 2016

Audacity

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Perisian Audacity merupakan editor audio digital yang percuma dan digunakan untuk mengedit atau mengolah suara dengan mudah. Pelbagai manfaat yang diperolehi apabila menggunakan perisian ini.

1. Membuat buku dalam bentuk CD atau bahan pengajaran dan pembelajaran.
2. Merakam suara, muzik dari CD, DVD atau Radio
3. Merakam podcasts
4. Membuat ringtone
5. Mengedit lagu tema

Teknik asas penggunaan Audacity

Paparan Skrin Utama Perisian Audacity


1. RAKAMAN SUARA


1.1 Butang Record : Tekan butang record untuk memulakan percakapan atau merakam suara.
1.2 Butang Stop     : Setelah selesai percakapan/rakaman, tekan butang Stop untuk berhenti.
1.3 Butang Play     ; Untuk mendengar kembali rakaman tersebut, tekan butang Play.



2. Membuang bahagian pada rakaman



2.1 Klik pada Selection Tool, pilih/highlight segmen/bahagian yang ingin dibuang seperti yang ditunjukkan rajah di atas.

2.2 Tekan butang Del (delete) pada papan kekunci komputer.


3. Menyimpan fail

3.1 Menyimpan sebagai projek
    3.1.1 Klik File pada Menu Bar
    3.1.2 Tekan butang Save
    3.1.3 Tekan butang Save Project

3.2 Menyimpan dalam bentuk MP3 fail
     3.2.1 Klik File pada Menu Bar
     3.2.2 Klik Export
     3.3.3 Tekan butang Save
     3.3.4 Projek ini disimpan dalam ext .mp3


Berikut merupakan rakam suara yang telah saya hasilkan dengan menggunakan perisian Audacity ini. Saya merakamkan sebuah puisi yang bertajuk "Jangan Kau Lupa".


Itu sahaja penerangan saya mengenai perisian Audacity.
Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment