Perisian GIMP atau dikenali juga sebagai GNU Image Manipulation Program merupakan salah satu perisian sumber terbuka yang diberikan secara percuma melalui General Public License (GPL). Perisian GIMP mempunyai kebolehan dan keupayaan yang sama dengan perisian pemprosesan imej berbayar untuk melaksanakan sesuatu tugasan seperti mengubahsuai foto, memanipulasi imej dan membentuk imej.
Dengan perisian GIMP, tugasan seperti membuat poster, cover majalah boleh dilakukan dengan pelbagai kemudahan yang telah disediakan.
Berikut merupakan poster dan cover majalah yang telah saya selesaikan untuk tugasan Kompetensi Teknologi Matlumat dan Komunikasi saya.
1. Poster "Haiwan Peliharaan"
2. Cover Majalah
3. Cover Majalah Diri Sendiri
Melalui tugasan tersebut pelbagai teknik asas yang telah saya gunakan untuk menghasilkan sebuah tugasan yang sempurna.
Ikon Toolbox
Rajah ini menunjukkan Ikon Toolbook yang mempunyai 34 peralatan pengeditan yang boleh digunakan dalam perisian GIMP. Peralatan di dalam Ikon Toolbox ini boleh membantu untuk mengedit dan memanipulasi imej dengan mudah dan menarik.
Selepas selesai sesi pengeditan imej, imej tersebut akan disimpan dalam bentuk .xcf bagi memudahkan untuk pengeditan semula. Selain itu, imej yang telah diedit juga boleh disimpan dalam bentuk .jpeg dan .png.



No comments:
Post a Comment